Hari Barah Sedunia
Hari Barah Sedunia

Hari Barah Sedunia

Hari Barah Sedunia atau Hari Kanser Sedunia ialah hari antarabangsa ditandakan pada 4 Februari untuk meningkatkan kesedaran terhadap barah dan menggalakkan pencegahan, saringan, dan rawatannya. Hari Barah Sedunia dipimpin oleh Kesatuan untuk Kawalan Barah Antarabangsa (UICC) untuk menyokong matlamat Perisytiharan Barah Sedunia yang ditulis pada tahun 2008. Matlamat utama Hari Barah Sedunia adalah untuk mengurangkan penyakit dan kematian disebabkan oleh barah dengan nyata sekali[1] dan merupakan peluang untuk menghimpunkan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan ketidakadilan terhadap penderitaan yang boleh dicegah daripada barah.[2] Hari tersebut diraikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[3]Hari Barah Sedunia menyasarkan salah maklumat,[4] meningkatkan kesedaran, dan mengurangkan stigma.[5] Pelbagai daya usaha dijalankan pada Hari Barah Sedunia untuk menunjukkan sokongan bagi mereka yang terjejas dengan barah. Salah satu gerakan ini ialah #NoHairSelfie (#SwafotoTiadaRambut), suatu gerakan sejagat untuk ada "pesertambut" (hairticipant) mencukur kepala mereka secara fizikal atau hampir-hampir untuk menunjukkan simbol keberanian untuk mereka yang menjalani rawatan barah.[6] Imej peserta kemudian dikongsi di seluruh media sosial. Beratus-ratus acara di seluruh dunia juga berlangsung[7].

Hari Barah Sedunia

Juga dipanggil WCD
Tarikh 4 Februari
Diamalkan pada Ahli-ahli PBB
Kekerapan tahunan
Diamalkan oleh Kesedarah terhadap barah dan menggalakkan pencegahannya